c

Aktiviti Menghias Ruang Bacaan PI Kg Pandan

15 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Aktiviti Menghias Ruang Bacaan. Aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan hubungan staf Pusat Internet Kampung Pandan bersama adik-adik yang menetap di Kampung Pandan dan bagi menceriakan ruang bacaan di Pusat Internet Kampung Pandan. Dalam aktiviti ini staf dan adik-adik bersama-sama menghasilkan bahan hiasan untuk ruang bacaan dengan bimbingan tutorial daripada Internet. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali